Rekabentuk: Lambang pertubuhan ini berbentuk bulat yang berwarna putih, kuning, merah, dan hitam dengan keris dan sarung bersilang, bintang bucu lapan, bulan sabit, gengaman tangan, bayang manusia serta slogan
“UKHWAH” dan perkataan “PERSATUAN SILAT PENCAK JATI DELIMA” di bahagian kiri dan kanan lambang (tulisan Jawi dan Bahasa Malaysia).
Keterangan: Maksud lambang di atas adalah seperti berikut:
Gengaman tangan : Melambangkan semangat
Bayangan manusia : Kemampuan diri
Bulan Sabit : Islam Agama Rasmi
Bintang Bucu Lapan : Panduan
Keris Bersilang Sarung : Kepahlawanan, Kebudayaan Seni & Warisan
Warna Putih : Suci
Warna Kuning : Kedaulatan
Warna Merah : Keberanian
Warna Hitam : Kematangan
Slogan UKHUWAH : Sentiasa bertolak ansur, bekerjasama dan menjalinkan hubungan.